"Koboi tak koboi!!!, yang tau tu, tau lah dia!!"
<3 Assalamualaikum Jiwa jiwa Islam <3
Ada pun tugas guru Makrifat adalah tersangat mudah di fahami, kerana guru makrifat akan mengajar muritnya untuk sampai ke fahaman Makrifat dengan harapan muridnya akan dapat merasakan ‘Zouq‘, kehidupan Duniawi dan kehidupan Akhirat yang berpandukan ‘Keimanan dan ketakwaan‘ melalui amalan Mujahadah, Shuhud, Muraqabah dan sebahagian yang lain mengikut kaedah yang di ajarkan kepadanya. Kerana itulah kadang kala seorang Guru yang Mursyid TIDAK akan mengajar ilmu ini kepada golongan ;
“Orang orang yang sangat mudah menghina orang lain hanya dikeranakan penzahiran luaran semata mata, Orang yang bodoh dan dungu, Orang yang mendusta dan Munafik, Orang orang yang Kausar, Orang orang yang telah pun di hijabkan yang mananya tidak gemar pada ilmu Makrifatullah, :-)
Malah jua semestinya kepada orang orang yang TIDAK TAHU MENAHU akan perihal ilmu Fekah dan kedudukan 'Fardhu‘ain' dengan terlebih dahulu!, Orang yang cacat akal, buta dan pekak pada masalah ujian, takdir dan hikmah dari Allah swt, dan juga Orang yang bakhil dan kedekut!“..
Guru guru yang Mursyid akan PASTI memproses keadaan tahap peringkat ilmu pada yang datang mengadapnya demi untuk mengaji ilmu Tasauf dan Makrifah. Kerana ini amat penting, supaya suasana salah sangka, sakit hati, tuduh menuduh dan menuding jari tidak akan terjadi setelah mengaji..
Ilmu USUL DAN TASAUF adalah tersangatlah penting sebelum melangkah ke alam MAKRIFAH, Kerana setelah memahami USUL DAN TASAUF, maka perjalanan ‘PERMAINAN‘ setelah Makrifah akan di hadam dengan sebaik nya mengikut tempat dan suasana pembentangan tahap ilmu.. ;)
InsyaAllah segalanya akan mudah apatah lagi sesedar kita pada apa yang di firmankan oleh Allah swt dalam surah Ash Shaffat Ayat 96 <3